OtherPapers.com - Other Term Papers and Free Essays
Search

Leadership

Essay by   •  August 27, 2011  •  Essay  •  376 Words (2 Pages)  •  1,369 Views

Essay Preview: Leadership

Report this essay
Page 1 of 2

Isu pelumba motosikal haram, atau lebih dikenali sebagai 'mat rempit', bukanlah merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala sebegini telah wujud sekian lama di jalan-jalan raya di negara ini. Sekiranya pada tahun-tahun 80an dan awal 90an, gejala ini banyak bertumpu di Kuala Lumpur, ianya kini sudah merebak ke hampir kesemua negeri di Malaysia. Malahan, di kampung-kampung sekalipun gejala sebegini sudah menjadi lumrah.

Bagaimanapun, gejala ini mula menjadi serius apabila pengguna jalan raya yang tidak berdosa menjadi korban, seperti yang berlaku di Kelantan baru-baru ini di mana seorang kanak-kanak tiga tahun, Muhammad Aufal Khalifah Mohd Saberi, maut akibat dirempuh seorang mat rempit.

Sikap kurang ajar mat rempit telah banyak dilaporkan sebelum ini, termasuklah tindakan sesetengah mereka yang berani memukul serta mencederakan pengguna jalan raya yang menegur sikap mereka.Malahan, anggota polis sendiri pernah menjadi mangsa tindakan melulu mat rempit di mana ada anggota polis yang pernah cedera dan terkorban dalam operasi terhadap mat rempit.

Usaha polis trafik mengadakan sekatan jalan raya dan mengawasi pergerakan mat rempit seolah-olah diperlekehkan sehingga ada yang berani merempuh sekatan yang diadakan. Kelicikan mat rempit mengenal pasti jalan-jalan yang selamat juga menyebabkan golongan ini mendabik dada kononnya mereka bijak melarikan diri daripada pengawasan pihak berkuasa. Apa sebenarnya yang ingin dicari oleh remaja apabila melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak berfaedah ini? Apakah ianya berdasarkan keseronokan semata-mata atau ianya lebih menjurus kepada sikap anti-establishment mereka serta keseronokan melakukannya dan dapat mengelakkan diri dari tertangkap? Adakah juga kejaguhan mereka membolosi kawalan pihak polis trafik merupakan kemenangan kepada kumpulan yang semakin menjadi-jadi tatalakunya ini?

Inilah antara persoalan yang sering bermain di minda setiap kali isu mat rempit diperkatakan. Apa yang lebih membimbangkan mengenai isu mat rempit ini adalah penglibatan remaja belasan tahun dalam gejala ini. Statistik polis menunjukkan bahawa majoriti mereka yang terbabit adalah mereka yang berusia belasan tahun dan awal 20an. Tambah menakutkan adalah hakikat bahawa kebanyakkan mereka tidak mempunyai lesen yang sah untuk menunggang motosikal.

Dalam pada mereka mencari keseronokan menerusi perbuatan yang sia-sia ini, ramai dari mereka langsung tidak mempedulikan bahaya yang mungkin menanti mereka atau melibatkan pengguna jalan raya yang lain. Mungkin mereka merasakan apabila mereka mampu melakukan aksi willy atau ala superman mereka akan kelihatan hebat. Hakikatnya, semua ini hanya menunjukkan sikap biadap serta kebodohan mereka sendiri.

Isu mat rempit ini tidak akan selesai sekiranya hanya pihak po

...

...

Download as:   txt (2.7 Kb)   pdf (54.6 Kb)   docx (9.5 Kb)  
Continue for 1 more page »
Only available on OtherPapers.com
Citation Generator

(2011, 08). Leadership. OtherPapers.com. Retrieved 08, 2011, from https://www.otherpapers.com/essay/Leadership/10174.html

"Leadership" OtherPapers.com. 08 2011. 2011. 08 2011 <https://www.otherpapers.com/essay/Leadership/10174.html>.

"Leadership." OtherPapers.com. OtherPapers.com, 08 2011. Web. 08 2011. <https://www.otherpapers.com/essay/Leadership/10174.html>.

"Leadership." OtherPapers.com. 08, 2011. Accessed 08, 2011. https://www.otherpapers.com/essay/Leadership/10174.html.