OtherPapers.com - Other Term Papers and Free Essays
Search

Cadangan Kepada Program Pemutihan Pekerja Asing Di Malaysia

Essay by   •  December 5, 2011  •  Essay  •  565 Words (3 Pages)  •  1,442 Views

Essay Preview: Cadangan Kepada Program Pemutihan Pekerja Asing Di Malaysia

Report this essay
Page 1 of 3

Kemasukan pekerja asing di Malaysia memang telah membawa banyak masalah kepada Negara ini, berikut adalah cadangan-cadangan kepada permasalahan yang dibawa oleh pekerja asing.

* Menetapkan gaji minimum

Kerajaaan harus menetapkan gaji minimum yang harus diberi kepada pekerja Malaysia mengikut sektor yang diceburi terutamanya sektor yang mempunyai banyak pekerja asing. Apabila penetapan gaji minimum dibuat, maka kejatuhan kadar upah akan berkurang, kejatuhan upah yang ketara akan menjejaskan ekonomi dan tahap hidup rakyat Malaysia serta mengakibatkan pekerja Malaysia tidak sanggup bekerja kerana upah yang rendah. Jika gaji minimum ditetapkan kepada rakyat Malaysia mengikut tahap hidup Malaysia, maka mereka dapat meningkatkan pendapatan dan tahap hidup mereka, secara keseluruhannya negara kita akan bertambah maju.

* Pendaftaran dan pengutipan maklumat pekerja asing

Kebanyakan pekerja asing adalah tidak mendaftar dan tidak mempunyai permit, hal ini menyebabkan kerajaan tidak mempunyai maklumat peribadi dan kesihatan mereka. Oleh itu, pihak berkuasa harus mendapatkan semua maklumat pekerja asing contohnya dengan program pemutihan di negara kita, untuk melicinkan penyiasatan dan kerja apabila pekerja asing ini melanggarkan undang-undang. Selain itu, kerajaan juga boleh menguatkuasakan undang-undang dengan mewajibkan semua majikan perlu memberi maklumat terbaru pekerja asing yang diupah, jika tidak permit perniagaan mereka akan digantung. Maklumat terbaru ini juga merangkumi maklumat kesihatan terbaru, hal ini disebabkan sesetengah pekerja asing mempunyai penyakit yang boleh menjangkiti orang lain, ini akan menjejaskan tahap kesihatan negara kita.

* Penetapan peratusan pekerja

Pekerja asing yang murah menyebabkan majikan tidak sanggup mengupah pekerja tempatan kerana kos mengupah pekerja tempatan adalah lebih tinggi. Situasi ini menyebabkan banyak pekerja tempatan menggagur. Cadangan kepada masalah ini adalah kerajaan harus menetapkan peratusan pekerja tempatan dan pekerja asing di sesebuah firma untuk memastikan majikan akan mengupah pekerja tempatan.

Program pemutihan telah dilaksankan oleh kerajaan walaupun ada kebaikannya namun terdapat juga keburukannya, berikut adalah cadangan kepada masalah program pemutihan:

Secara keseluruhannya, keburukan dan masalah yang dihadapi dalam program pemutihan boleh diselesaikan dengan menambahbaikan program ini.

* Untuk menyelesaikan kerugian dialami oleh majikan dan lanjutan hari, cadangan kita adalah menjalankan program pemutihan mengikut kawasan. Pegawai pendaftaran akan diberikan kawasan pendaftaran, dan syarikat-syarikat akan mendaftar dengan pegawai supaya pegawai mengaturkan tarikh dan masa untuk pergi ke syarikat itu mendaftarkan pekerja asing di syarikat itu, dengan ini akan

...

...

Download as:   txt (4.3 Kb)   pdf (67.2 Kb)   docx (9.8 Kb)  
Continue for 2 more pages »
Only available on OtherPapers.com