OtherPapers.com - Other Term Papers and Free Essays
Search

Hak Asasi

Essay by   •  October 4, 2011  •  Essay  •  3,056 Words (13 Pages)  •  1,360 Views

Essay Preview: Hak Asasi

Report this essay
Page 1 of 13

Perkara dan membidas tindakan pemindahan pengarang Utusan Melayu, Said Zahari. Sepanjang peristiwa ini, terdapat dua peruntukan Kebebasan Asasi yang telah disekat. Pertama, Perkara 9. Larangan buangan negeri dan kebebasan bergerak kerana Pengarang Utusan, Said Zahari telah dipindahkan ke Singapura kerana ia didakwa sebagai batu penghalang pelaksanaan Dasar Empat jika berkhidmat di pejabat Utusan di Kuala Lumpur. Selepas itu, Tunku Abdul Rahman telah menghalang Said Zahari daripada memasuki Malaysia akibat keadaan politik yang terus mendesak kepentingan kerajaan selain kritikan-kritikan Utusan Melayu terhadap kepimpinan Tunku. Hal ini jelas bertentangan dengan kebebasan warganegara daripada dibuang negeri tetapi ia dirasionalkan atas dasar kestabilan dan ketenteraman awam.

Kedua, Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Wartawan dan editor Utusan tidak lagi mempunyai kebebasan untuk menentukan rencana dan berita jika ia menggugat kepentingan kerajaan dan menteri-menteri dalam Perikatan. Hal ini jelas bertentangan dengan Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Kebebasan akhbar nyata telah disekat oleh parti pemerintah dan akhbar itu sendiri telah dijadikan kerajaan sebagai alat hegemoni parti pemerintah sehingga ke hari ini. Realitinya, Syarikat Utusan telah berjaya menjaga kepentingan perniagaan mereka dengan memberi keutamaan kepada kerajaan manakala kerajaan telah mendapat manfaat daripada kerjasama tersebut kerana akhbar Utusan Melayu dijadikan sebagai saluran rasmi lidah pemerintah. Walaubagaimanapun, massa telah dinafikan hak untuk mendapat maklumat dan berita yang telus, tidak bias dan lebih berkredibiliti.

4.1.2 Operasi Lalang 1987

Pada tahun 1987, krisis ekonomi dan konflik perebutan jawatan dalam UMNO antara Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah telah menghangatkan suasana politik. Selain itu, ketegangan etnik juga telah ditimbulkan pemimpin-pemimpin di peringkat nasional. Antara isunya ialah penggunaan bahasa Mandarin dalam majlis rasmi, papan tanda dan iklan serta peraturan wajib kepada pemakaian songkok dan tudung pada majlis konvokesyen di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Oleh itu, Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) telah digunakan untuk menahan 106 orang daripada pelbagai cabang politik dan sosial sebagai langkah drastik untuk mententeramkan suasana politik Malaysia waktu itu.

Dalam penahanan yang dijalankan pada 27 Oktober 1987, ahli-ahli politik telah ditahan seperti Lim Kit Siang (DAP), Karpal Singh (DAP), Ibrahim Ali (UMNO), Halim Arshat (PAS) dan Chandra Muzaffar (ALIRAN). Penggunaan akta ini jelas menyekat kebebasan asasi kerana ia telah menidakkan hak seseorang untuk dibicarakan oleh mahkamah. Walaubagaimanapun, tindakan ini sah di sisi Perlembagaan Persekutuan kerana Perkara 149. Undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb. memperuntukkan fasal yang membenarkan undang-undang sekatan iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) untuk diguna pakai. Penahanan ini jelas bermotifkan kepentingan politik parti pemerintah kerana penahanan dua tahun hanya melibatkan individu daripada parti pembangkang.

Selain itu, beberapa buah akhbar telah diharamkan penerbitannya iaitu The Star, Sin Chew Jit Poh, The Sunday Star dan Watan. Tindakan pengharaman ini bertentangan dengan Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan tetapi dirasionalkan dengan alasan mengelakkan ketegangan kaum antara Melayu dan Cina bertambah runcing. Pada 30 Oktober 1988, ahli keluarga tahanan telah berhimpun di Taman Tasik sebagai tanda sokongan kepada ahli keluarga mereka dalam tahanan yang melancarkan mogok lapar sejak 27 Oktober 1988 lagi. Mereka telah berkumpul secara aman dengan tanpa senjata sebagaimana yang dibenarkan oleh Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Belon-belon tertulis nama tahanan telah dilepaskan sebagai simbolik kebebasan. Setelah itu, mereka telah disuraikan dengan tatacara yang melebihi kuasa sepatutnya oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan atau Federal Reserce Unit (FRU).

Sekatan-sekatan terhadap kebebasan asasi sepanjang peristiwa Operasi Lalang dan mogok Operasi Lalang ini menunjukkan sikap pemerintah yang cenderung menggunakan undang-undang sekatan dan alasan ketenteraman awam untuk menahan dan memberhentikan pelbagai laporan akhbar yang menggugat kepentingan kerajaan. Tambahannya, penahanan ini sengaja diada-adakan oleh kerajaan untuk mengalih perhatian rakyat daripada krisis ekonomi yang melanda Malaysia, konflik perebutan kuasa dalam pemilihan UMNO dan keputusan mahkamah yang mengisytiharkan kewujudan UMNO sebagai haram kerana tidak didaftarkan.

4.2 Isu Kebebasan Asasi sebagai Modal Politik

Di Malaysia, terdapat pelbagai undang-undang sekatan yang bertujuan untuk mengelakkan kebebasan asasi daripada bersifat kebebasan mutlak. Ada antara undang-undang ini menyekat hak asasi manusia iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang ini sah di sisi Perlembagaan Persekutuan tetapi ia boleh dipersoalkan daripada konteks moral. Autoriti perundangan rasional menetapkan agar undang-undang ini memenuhi dua syarat iaitu sah daripada segi perundangan dan segi rasional penerimaan masyarakat. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 contohnya tidak diterima sebagai sah di sisi moral kerana ia boleh menahan seseorang tanpa dibicarakan di mahkamah terlebih dahulu selain isu layanan buruk terhadap tahanan-tahanan akta ini. Isu Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 ini digunakan oleh pakatan pembangkang untuk menggambarkan kelemahan dan kezaliman pemerintah terhadap pembelaan hak asasi manusia di Malaysia. Dua contoh bagi praktik politik ini ialah Reformasi 1998-1999 dan Demonstrasi Gerakan Mansuhkan ISA 2009.

4.2.1 Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akauntabiliti Polis dalam Reformasi 1998-1999 sebagai Modal Politik Pembangkang Pilihan Raya Malaysia 1999

Dalam Gerakan Reformasi sekitar tahun 1998 dan 1999, seramai 60 orang penyokong Gerakan Reformasi telah ditahan sejak 20 September 1998. Mereka termasuklah ketua pemuda UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, ketua pemuda UMNO Negeri Sembilan, Ruslan Kassim, presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Azam Abdul Rahman dan Presiden NGO Jemaah Islamiah Malaysia (JIM), Shaari Sungip. Pada 23 September 1998 pula, isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menerima arahan sekatan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang melarang perjumpaan di rumah beliau, ucapan dalam perhimpunan awam dan menjalankan kegiatan politik. Isu ini bertambah hangat apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi layanan buruk semasa dalam tahanan polis. Mata kiri beliau lebam dan tangan kanannya tercedera apabila pertama kali muncul

...

...

Download as:   txt (23.5 Kb)   pdf (239.1 Kb)   docx (18.1 Kb)  
Continue for 12 more pages »
Only available on OtherPapers.com