OtherPapers.com - Other Term Papers and Free Essays
Search

Kaitan Waktu Solat Dengan Warna Alam (indonesian)

Essay by   •  July 18, 2011  •  Essay  •  655 Words (3 Pages)  •  822 Views

Essay Preview: Kaitan Waktu Solat Dengan Warna Alam (indonesian)

Report this essay
Page 1 of 3

Kaitan Waktu Solat dengan Warna Alam (Aura)

Ditulis oleh Ustaz Zahazan

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan... Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang

...

...

Download as:   txt (4.7 Kb)   pdf (80.8 Kb)   docx (10.5 Kb)  
Continue for 2 more pages »
Only available on OtherPapers.com
Citation Generator

(2011, 07). Kaitan Waktu Solat Dengan Warna Alam (indonesian). OtherPapers.com. Retrieved 07, 2011, from https://www.otherpapers.com/essay/Kaitan-Waktu-Solat-Dengan-Warna-Alam-indonesian/7347.html

"Kaitan Waktu Solat Dengan Warna Alam (indonesian)" OtherPapers.com. 07 2011. 2011. 07 2011 <https://www.otherpapers.com/essay/Kaitan-Waktu-Solat-Dengan-Warna-Alam-indonesian/7347.html>.

"Kaitan Waktu Solat Dengan Warna Alam (indonesian)." OtherPapers.com. OtherPapers.com, 07 2011. Web. 07 2011. <https://www.otherpapers.com/essay/Kaitan-Waktu-Solat-Dengan-Warna-Alam-indonesian/7347.html>.

"Kaitan Waktu Solat Dengan Warna Alam (indonesian)." OtherPapers.com. 07, 2011. Accessed 07, 2011. https://www.otherpapers.com/essay/Kaitan-Waktu-Solat-Dengan-Warna-Alam-indonesian/7347.html.