OtherPapers.com - Other Term Papers and Free Essays
Search

Punca Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian (malay)

Essay by   •  June 30, 2011  •  Essay  •  404 Words (2 Pages)  •  3,109 Views

Essay Preview: Punca Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian (malay)

Report this essay
Page 1 of 2

Kajian saya mendapati pencemaran yang paling ketara di sini ialah pencemaran air. Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestic. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan kumbahan dibuang sewenang-sewenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Selain itu, kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakkan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksid yang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ini biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.

Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai-sungai. Hampas-hampas organic yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja pestisid dan insektid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.

Di samping itu, saya dapati kawasan kajian mengalami masalah pencemaran udara yang ketara. Hal ini disebabkan kuantiti kenderaan bermotor yang banyak memenuhi kawasan kajian. Setiap pergerakan kenderaan bermotor yang banyak memenuhi kawsan kajian. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hamper kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap melalui ekzos kenderaan. Kawasan industry yang melepaskan asap atau bahan pencemar dan penggunaan dapur arang yang tidak terkawal juga menyumbang kepada masalah ini. Selain itu, isi rumah juga menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan klorofluorokarbon (CFC) ke udara. Oleh kerana kawasan kajian yang saya pilih terdiri daripada kawasan kampung, budaya membakar sampah sarap masih lagi dikekalkan. Hal ini akan membebaskan asap yang akan mencemarkan udara. Akhir sekali, kedudukan kawsan kajian yang berdekatan dengan kawasan perindustrian, mengakibatkan kawasan ini terdedah kepada bahan pencemar yang dibebaskan oleh kilang yang berdekatan. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida merupakan penyumbang kepada gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia.

Setelah kita mengetahui punca-punca pencemaran alam sekitar, elakkanlah diri kita daripada

...

...

Download as:   txt (3 Kb)   pdf (55.8 Kb)   docx (9.4 Kb)  
Continue for 1 more page »
Only available on OtherPapers.com