OtherPapers.com - Other Term Papers and Free Essays
Search

Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia (malay)

Essay by   •  July 5, 2011  •  Essay  •  282 Words (2 Pages)  •  1,566 Views

Essay Preview: Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia (malay)

Report this essay
Page 1 of 2

Pakatan Rakyat's Manifiesto

UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA !

Setelah 53 tahun merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal.

Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.

Krisis parah sebegini memerlukan tekad dan azam politik untuk diatasi. Malaysia memerlukan dasar-dasar baru dengan membuat anjakan paradigma. Maka, Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan politik (tahalluf siyasi) mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dimeterai.

Dasar Bersama adalah berlandaskan 4 kerangka asas iaitu:

1. Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat;

2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil;

3. Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh; dan

4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.

Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.

Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Kami untuk:

1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

...

...

Download as:   txt (2.1 Kb)   pdf (54.7 Kb)   docx (9.4 Kb)  
Continue for 1 more page »
Only available on OtherPapers.com
Citation Generator

(2011, 07). Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia (malay). OtherPapers.com. Retrieved 07, 2011, from https://www.otherpapers.com/essay/Ubah-Sekarang-Selamatkan-Malaysia-malay/6273.html

"Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia (malay)" OtherPapers.com. 07 2011. 2011. 07 2011 <https://www.otherpapers.com/essay/Ubah-Sekarang-Selamatkan-Malaysia-malay/6273.html>.

"Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia (malay)." OtherPapers.com. OtherPapers.com, 07 2011. Web. 07 2011. <https://www.otherpapers.com/essay/Ubah-Sekarang-Selamatkan-Malaysia-malay/6273.html>.

"Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia (malay)." OtherPapers.com. 07, 2011. Accessed 07, 2011. https://www.otherpapers.com/essay/Ubah-Sekarang-Selamatkan-Malaysia-malay/6273.html.