OtherPapers.com - Other Term Papers and Free Essays
Search

Tamadun (malay)

Essay by   •  August 13, 2011  •  Essay  •  384 Words (2 Pages)  •  1,775 Views

Essay Preview: Tamadun (malay)

Report this essay
Page 1 of 2

Tamadun Islam mempunyai sumber-sumbernya tersendiri yang memungkinkan ia berkembang dan mampu memenuhi keperluan manusia. Kemajuan Tamadun Islam tidak terbatas hanya pada kemajuan kebudayaan semata-mata, malahan ia merupakan kemajuan yang serentak dengan kerohanian. Tamadun Islam sememangnya berbeza dengan tamadun dunia yang lain kerana ia meletakkan ad-Din sebagai asas yang membentuk tamadun berbanding dengan tamadun lain yang diasaskan oleh manusia. Dalam erti kata paling ringkas, Tamadun Islam ialah pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk ilmu pengetahuan, kepercayaan, sains teknologi dan sebagainya berasaskan kepada akidah dan syarak serta bersumberkan al Quran dan al Sunnah.Lazimnya pembentukan sesuatu tamadun adalah hasil daripada sumber alam dam pengetahuan manusia. Sebaliknya Tamadun Islam bersumberkan kepada beberapa sumber. Inilah di antara beberapa keistimewaan dan keunikan Tamadun Islam berbading dengan tamadun-tamadun sebelum ini. Sumber-sumber tersebut ialah Al-Quran dan As-Sunnah, akal, penemuan dan penciptaan baru, serta pengubahsuaian dan penyempurnaan semula.Tamadun Islam merupakan suatu tamadun yang telah diadun dalam bentuk antarabangsa. Ini dapat dibuktikan daripada pencapaiannya dalam pelbagai bidang kemajuan. Pencapaian dan kemajuan-kemajuan tersebut adalah berpandukan dan bersumberkan al-Quran dan as-sunnah, akal, penemuan dan penciptaan baru serta penyempuarnaan semula.

Al-Quran daripada sudut bahasa bermaksud 'bacaan' dan perkataan al-Quran berasal daripada perkataan arab 'al-qira'ah'. Manakala daripada sudut istilah al-Quran ditakrifkan sebagai kalam Allah SWT yang bermukjizat yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW dengan perantaraan malaikat jibrail, ditulis dalam mashaf, diriwayatkan secara mutawatir dan menjadi ibadat bagi sesiapa yang membacanya.

Al-Quran adalah kalam Allah yang azali dan diturunkan beransur-ansur dalam masa lebih kurang 23 tahun kepada Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab dengan lafaz yang mutawatir sebagai mukjizat kerasulannya serta menjadi ibadah apabila membacanya.Berbanding dengan kita-kitab suci yang lain, Al-Quran menyatakan dengan terang dan jelas bahawa ia merupakan wahyu dan terlalu banyak ayatnya yang menerangkan bahawa ia datang dari Allah s.w.t. Antara ayat-ayat suci yang menerangkan maksud tersebut ialah fiman Allah 2.w.t yang bermaksud :

Dan sesungguhnya Al-Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam.

( Surah Asy Syu'araa' : Ayat 193 )

Tamadun Islam tegak di atas dasar Ilahi yang terpancar di dalam al-Quran mengandungi segala nilai, dasar, prinsip serta hukum untuk membimbing manusia bagimencapai perhubungan dan kesempurnaan hidup. Ia juga merangkumi konsep ketuhanan, pengetahuan tentang perkara ghaib, asas pandangan, moral, fakta-faktasains, sejarah manusia dan

...

...

Download as:   txt (2.9 Kb)   pdf (57.5 Kb)   docx (9.5 Kb)  
Continue for 1 more page »
Only available on OtherPapers.com